Tuesday, January 27, 2009

Untukmu Palestin.. Bumi Anbiya.. Para Syahid Syuhada


Luahan Jiwa..Impian Syahidku..

Bumi itu merintih menangis Merah.. keseorangan.
Merasai.. Melihat .. Menjadi saksi
Disirami darah semerbak Syahid Syuhada

Para Syuhada di hadapanMu itu...

Demi meraih CintaMu Illahi
Terkorban terbunuh ditutupi kain
Kain putih itu menjadi bukti
Ungkapan C.I.N.T.A yang sejati

Wahai Tuhanku..
Hanya kepadaMu mereka menyerah segala galanya
Menjual Jiwa raga dan harta, kerana percaya seutuh kalimahMu.
Hanya kepadaMu mereka menyakini segala galanya
Doa dan harapan, pegangan yang jitu kerana percaya setiap janjiMu

Dan...
Engkau menawar dengan mahar yang suci
Engkau membeli dengan harga yang tinggi
janjiMu Islamkan kembali bersinar gemilang di sini..
Syurga menjadi dalil kasihMu yang diimpi
.... seluruh manusiawi

Wahai Tuhanku...
Betapa kerdil di hati.. melihat kesengsaraan itu..
Berat mata memandang .. Berat lagi bahu yang menanggung
Ujian demi ujian.. bertalu talu kepedihan tangisan dan darah membanjiri
Hatiku seMERAH mereka menangisi. Namun suaraku tak kedengaran
Aku tak terdaya... hanya melihat... hanya mendengar.. hanya..

Namun itulah UJIAN kekasihMu
Yang mengharap setinggi keredhaanMu..
Yang mengharap seluas keampunanMu..
Yang mengharap sedalam rahmat belas kasihMu..

CintaMu Allah... RinduMu Illahi...
hakiki suci sejati lagi abadi.
Dambaan setiap hati kekasih.. insan nurani

Wahai Tuhanku..
Betapa Maha suci kasihMu
Melakar di jiwa insan yang Dikau pilih
Pilihlah kami disini..
Mati Syahid sebagai SyuhadaMu
Agar darah dan tulang berulang menjadi tanda
BUKTI Cinta kami kepadaMu..


Humairah chong 2009.

MengenaliMu.. Allah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah..Lagi Maha Penyayang.

Allah… Subanahu wa Ta’ala…

adalah Tuhan yang Paling Pemurah dari yang pemurah dan Yang Paling Dermawan di antara penderma…
Dia menganugerahkan kepada hamba-hambaNya sebelum mereka memohon dan di atas apa yang mereka harapkan.

Allah… Subanahu wa Ta’ala…

Menghargai sesuatu amalan walaupun sedikit dan terus menerus ( Istiqamah). Dia mengampuni banyak kesalahan dan menghapuskannya.
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya.

Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Dia tidak pernah rasa kepenatan sedikitpun untuk beralih dari satu pendengaran ke satu pendengaran permasalahan yang lain... dan dari satu permintaan ke satu permintaan yang lain... dan dari satu tangisan harapan ke satu tangisan harapan yang lain...

Tuhan Kita Allah.. tidak pernah merasa jemu dan bosan dengan tekanan permohonan orang yang memohon bertalu-talu. , Bahkn Dia mencintai hamba hambaNya yang memohon dalam doanya.

Tuhan Kita Allah... berasa senang dan suka kepada hambaNya yang meminta dan berasa marah bila tidak diminta.


Petikan dari Jagalah Allah.. Allah Menjagamu ~
Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Kerana itu...

Wahai Tuhanku.. Aku suka meminta- minta kepadaMu. Dan Engkau tidak pernah jemu mendengar dariku dan mengabuli doa- doa harapanku.

Wahai Tuhanku... Ampunilah dosa- dosaku, kasihanilah daku dan sayangilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang Lagi Maha pengampun.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka ( jawablah ), Bahawasanya Aku adalah dekat....
( Al Baqarah:186)

When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he called on Me: Let them also, with a will, listen to My call, and believe in Me: that they may walk in the right way.
(Al Baqarah: 186)